Bawah 3000 - SSK
Written by:NBE/Saph/Faizal Tahir/Audi Mok
Berat mata tapi tangan yang ringan
Muat mulut belum sempat nak simpan
Duit minyak dan tol berkepul kepul
Aku kejar kertas macam orang tak betul
Wajar ku melabur sambil ku beratur
Dipinggir pinggan hanya makan yang teratur
Piramid hidup aku akur dengan catur
Mainan raja tapi askar yang diatur
Mengapakah nasib beribukan peluang
Beratusya perputi buri buyang kuyang
Impianku tinggi nak cari sekupang
Hidupku penuh penuh dengan hutang
Pencarian dalam pendakian bukan isu
Kalah dalam perancangan macam tertipu
Dalam rumah atas kertas hanya kat situ
Masih bawah tangga masih bawah 3000
Yang ku ada hanya untuk sementara
Melawan arus masa demi terus mara gagah melangkah
Yang ku rasa kebas merata
Bergelut mengatur hidupku
Tujuh balas sebelas seribu satu dulang
Belum wang hantaran baik jadi bujang senang
Raja sehari tanggung bertahun hutang
Bukan soal adat tapi takut mulut orang
Bila barang naik huh bini merengek
Bila miskin bandar ramai dah sengkek
Akal tak boleh cetek tingal kat pantai dalam
Kerja kerja kerja sampai lewat malam
Tayar kereta botak tak ada bunga
Credit card pulak hanya mampu bayar bunga
Harga air di pelita macam minyak per liter
Tak dapat jawapan jualkan saja unser
Dulu belanja tak fikir sekarang ke akpk
Mulut asyik mengeluh jarang sekali berzikir
Ukur baju di badan nak lebih dari itu
Boleh jadi tiga suku bila bawah 3000
Membujur lalu melintang patah hidupku diratah
Pencarian dalam pendakian bukan isu
Kalah dalam perancangan macam tertipu
Siapa di mana suara yang membela
Yang ku ada untuk sementara
Masih bawah 3000
Yang diberi bukan selalu yang dipilih terus mencari
Yang ku rasa kebas merata
Masih bawah 3000
Bergelut mengatur
Masih bawah 3000
Hidupku
Dan bagai mana yang di bawahnya
Hidup penuh dengan kemungkinan
Dan sampai bila mahu ditanya
Terpulang sebelum pulang untuk ditentukan
Dan bagaimana yang di bawahku
Yang di bawahku
Yang di bawah sesat entah kemana
Dan sampai bila mahu di tunggu
Dan bagaimana dan bagaimana
Cari jalan bukan alasan
Cari jalan bukan alasan
Cari jalan bukan alasan
Untuk sementara
Bawah 3000 bukan alasan
Cari jalan bukan alasan
Cari jalan bukan alasan
Cari jalan bukan alasan
Bawah 3000 bukan alasan
Yang ku ada untuk sementara
Masih bawah 3000
Melawan arus masa demi terus mara gagah melangkah
Yang ku rasa yang ku rasa kebas merata
Bergelut mengatur hidupku
Bertahan bertahan bertahan
Bertahan
Bertahan aku
Aku perlu terus bertahan
Berjalan terus