Walau ku tahu tulusnya hatimu,
Merawat cintaku yang kau hancurkan dulu.
Biar ku mahu kasih dan sayangmu,
Menyirami rinduku yang telahpun layu.
Bukan tiada cinta,
Bukan tiada rindu,
Namun ku tak mahu
Dikecewakanmu.
Bukan ku membenci,
Bukan ku mengeji,
Cinta yang kau beri
Pernah tak menjadi.
Tidak pula ku berdendam
Setelah kau menghilang.
Tidak juga ku harapkan
Cintamu kembali bertandang.
Namun ku masih nantikan
Cinta lain kan datang.
Temaniku teruskan
Perjalanan kehidupan.
Pergilah wahai sayang,
Dirimu…ku maafkan.
Bukan tiada cinta,
Bukan tiada rindu,
Namun ku tak mahu
Dikecewakanmu.
Bukan ku membenci,
Bukan ku mengeji,
Cinta yang kau beri
Pernah tak menjadi.
Tidak pula ku berdendam
Setelah kau menghilang.
Tidak juga ku harapkan
Cintamu kembali bertandang.
Namun ku masih nantikan
Cinta lain kan datang.
Temaniku teruskan
Perjalanan kehidupan.
Bukan tiada cinta,
Bukan tiada rindu,
Namun ku tak mahu
Dikecewakanmu.
oo..
Pergilah wahai sayang,
Dirimu…ku maafkan.