AHTIRA
Antara berjuta bintang dilangit
Ku sunting dikau oh athira
Indahnya sinarmu menyentuh kalbu
Sehalus sutera selembut bayu
Malam jadi terang kerana hadirmu
Rinduku pun hilang dibelai kasihmu
Tapi mengapa hanya seketika
Bangkit mentari engkau tiada
Terleburlah cinta kita
Wahai athira
Akhirnya aku tergoda jua
Kerana sinar mentari membakar jiwa
Pun tak berdaya menahan rasa
Kuharap kau memaafkan aku athira
Kerna menduakan cinta
Namun kasihmu tetap menyala dilubuk hatiku athira
Pabila malam engkau menjelma
Hatiku remuk tiada terkata