HiMalaya (Explicit)-The Bat Cave

HiMalaya (Explicit)

歌手:The Bat Cave

时间:2015-02-01

    使用手机浏览器「扫一扫」

    在手机上保存,获得更好体验

标签
歌词

Ilustrasi minda beraksi

Bila jari jemari menari di atas kekunci

Menguji emcee gaya basi

Mintak kaki tangan bergerak

Untuk masa depan lebih cerah

Flow seakan getah

Tapi tak boleh kunyah

Pemboleh ubah buat kesimpulan

Inferens dijadikan reference

Berlari on track tanpa New Balance

Mana budak ni punya parents?

Cerita kurang gebang

Cuba tenang

Lagi komikal dari Ujang

Akal kekal tunjang

Tapi bodoh tetap diulang

Kau punya gaya boleh dikatakan kurang

Kemarau kontang ke arah songsang

Jalan Bongkak dengan bongkah yang terbongkar

Vladivostok ke Broga kau boneka kronik komika sinis

Seniman jalanan mati digilis

Bergaul limau nipis,

Peluang tipis malu ditepis maju dihiris

Fulus finish lalu dihunuskan pengurusan

Lepas habis dikuruskan poket

Bila cuba topup credit jalur lebar

Tuk tampung rima bersepah berjela

Tanah kejadian kematian musuh seribu ekar

Aku petah berpuitis dari Vesta naik Vespa

Hentakan petala langit lebih seminggu berpesta satu semesta

Pecahkan arus itu harus aku putuskan

Semua jurusan dipergurukan turun peruntukan

Aku tutupkan

Satu lagi jilid dalam sejarah yang berulang tayang bertulang bayang

Kuludah sudah kubunuh sudah kuburkan sudah kebulur punah

Bercurah idea bila bersuara tapi mudah aja

tampak siapa juara siapa kura, pura, tuba, purba,

tabik hormat saja sudah

Selama ini selami isi hati

Apa yang aku cakap

Apa yang aku tangkap

Tinggalkan rangkap untuk korang serap masuk kedalam minda

Cara aku bagi dengan gaya kau yang mintak

Tanda aku bagi tapi tanganku yang hinggap

Kebetulan kepala biul kalau tak silap

Kesimpulan kasi habis kalau kau tak siap

Kalau nak riak patah tangan kau teriak

Berulang kali kau aku terus bahagi kepada dua

Kepala luka separa tua

Serata tanah rata mata memerhati bata

Terbuka luka merana ke muka bumi tak bercelana

Takda makna jadi semua takkan kemana

Susah dikesan,

Malam hitam kelawar menyelam,

Ular sawa lawan sebenar,

Kawan sebentar,

Salah mengenal,

Cara yang buas,

Parah mengucap,

Salam menyembah,

Cinta dia ,luas terbentang,

Ruang angkasa,semua berjasa,

Jisim dan zarah,isi di dada,

Intim diarah , sini ke jarak,

Matahari sampai padam cahaya,

Keluar sarang bersayap,

Pedang hati bahaya,

Jalan sini berbayar,

Cukai jiwa seksama,

Cubi uji seayat,

Curi bunyi ke kaset,

Kasi jual kesemua,

Agar dapat menyuap,

Jiwa minda semula kembali fakir,

Menggali kubur emcee bertahun sudah,

Meludah sungai yang surut,

Lebih baik melutut,

Ikan todak kemulut,

Hantar kilat dan guruh,

Sila tepuk gemuruh.

Terbang tinggi lebih altitud hilang ke lautan

Musuh bertaburan salah teknik percaturan

Pertarungan diatur tanpa peraturan

Pergadaian maruah dijadikan pertaruhan

Ini lawak kesatuan masuk air keluar asap

Jerebu pemandangan mula kabur pastu malap

Rap macam ubat mujarab

Runtuh atap ranap, bergunung daki nak sampai ke ini tahap

Sila kaji struktur binaan utuh rima yang gugur dari mulut

Mari rujuk terpampar hamparan gambaran dari pelbagai sudut

Asal tapak pegang kukuh

Konsep asas konkrit tak akan runtuh

Sungguh, ruang ruang lirik langgar undang undang fizik

Himpunan rangkap kumpulan orang orang mistik

Antiseptik menyuntik se dalam imaginasi

Seni jampi tuk sakit hati

展开显示全部歌词