Infiniti-The Truth

Infiniti

歌手:The Truth

专辑:Infiniti

时间:2021-06-26

    使用手机浏览器「扫一扫」

    在手机上保存,获得更好体验

标签
歌词

INFINITI

Sekian ramai yang ku bertemu-berpisah

Di hatiku hanya jejakmu yang tersisa

Ajaib hadirmu sentiasa mengubat resah

Kerana itu aku tahu kau bukanlah biasa

Di sisimu walau berjam lama menjadi terapiku

Hingga pantas terasa tiap milisaat berlalu

Hingga INFINITI kelanaku bersamamu

Kerana tautan ini tak kenali penghujung

Pintaku hanya sambut tanganku

Andai tak temu ku di syurga

Wallahi ku sayang padamu

Adakala tampilmu saat rohku menanggung lesu

Walau tanpa bicara, hadirmu memulih imanku

Entah sihir apa yang kau guna terhadapku

Mungkin doamu padaku dalam diam punca ketenanganku

Tiada wang ringgit, perak dan emas sebagai ganti ikatan ini

Namun mungkin kasihku tak setanding walau secubit nilaian itu

Maafkan aku bukan mahirku menzahirkan rasa cinta

Kerana aku tak punya apa selain kiriman doa

Ku harap nanti di alam akhir

Tiada hutang maafku berbaki

Dan takkan terpisah kita

Ke syurga bersama

Hingga INFINITI tak mampu dihitung lagi

Kembara kasih ini selamanya tak terhenti

Jalinan ini kan jadi bukti berpisah bukannya pilihan

展开显示全部歌词